Haruskah dia bertahan,
Apabila arak adalah minuman ibunya,
Menagih belanja untuk sebiji botol,
Tidak menghiraukan siang atau malam.
Haruskah dia bertahan,
Apabila ayahnya adalah seorang pemboros,
Sedangkan dia bertungkus-lumus di sini,
Dia bersenang-lenang di sana,
Dengan asap rokok berkepul-kepul.
Haruskah dia bertahan,
Ketika darah kandungnya,
Berlaku curang darah searus,
Sedangkan anak-anaknya menangis kelaparan.
Haruskah dia bertahan,
Apabila terperangkap begini,
Lantas dia cuba bangun dan melangkah pergi,
Dan cuba meninggalkan debu-debu hitam itu,
Namun hatinya terlalu amat berat untuk melakukannya,
Dia cuba untuk bertahan sekali lagi,
Dan terus berdoa...
Agar keadaan akan menjadi lebih baik....
Sukad.
Kg. Kobusak.
21Ogos1991.