TOTAL PAGEVIEWS

T-SHIRT PRINTING

Wednesday, July 3, 2013

AKU TIDAK GENTAR

BILA ADA ROH KUDUS DI DALAM KALBU,
SEMUA NAMPAK MUDAH,
SEMUA NAMPAK SENANG,
SEMUDAH 'ABC',
SEMUDAH '123'.

BILA ADA YESUS DI DALAM JIWA,
SEMUA NAMPAK CANTIK,
SEMUA NAMPAK INDAH,
PEMBERIAN AGUNG DARINYA,
IAITU 'CINTA KASIH'.

BILA ADA TUHAN DI DALAM HATI,
TAKKAN GENTAR DENGAN GURUH,
MAHUPUN HALILINTAR,
TAKKAN TAKUT KEPADA HANTU,
ATAUPUN SYAITAN,
INIKAN PULA MANUSIA BIASA,
DI MATANYA SEMUANYA SAMA,
KERANA SEMUA ADALAH CIPTAANNYA...

Sukad
04/07/2013-KK

Saturday, June 1, 2013

KU IMPIKAN SATU KEMATIAN


KU IMPIKAN SATU KEMATIAN KERANA AKU TAHU...
BAHAWA ITULAH YANG TERBAIK BUATMU...
TELAH BERKALI-KALI AKU DENGAR DARI MULUTMU...
BAHAWA AKU BUKANLAH INSAN SEPERTI KEHENDAKMU....
AKU SUDAH TIDAK BERDAYA MENANGGUNGNYA...
DENGAN KEMATIAN INI...
AKAN MEMBUKA LEMBARAN BARU DALAM HIDUPMU...
SEMOGA KAU TIDAK TERSILAP LAGI...
SEMOGA KEBUTUHAN ZAHIR DAN BATINMU...
BISA MENCAPAI KLIMAKS TERTINGGI ...
SEPERTI YANG KAU IDAMKAN...
BANTUKU DALAM DOAKU...
AGAR SEMUA INI BISA MENJADI..
KENYATAAN...
AMEN.